SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)
SMT merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.
Lokasi Sekolah Menengah Teknik di Malaysia
Aliran Teknikal Sekolah Menengah Teknik
Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.
5 kursus teknikal yang ditawarkan:
– Kejuruteraan Awam
– Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
– Kejuruteraan Mekanikal
– Perdagangan
– Sains Pertanian
2 tahun pengajian:
i. Tingkatan 4
ii. Tingkatan 5
dan seterusnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kurikulum di sekolah:
KSSM
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah)
Mata Pelajaran
Kejuruteraan Awam | Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik | Kejuruteraan Mekanikal | Perdagangan | Sains Pertanian |
---|---|---|---|---|
Pengajian Kejuruteraan Awam | Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal | Prinsip Perakaunan | Biologi |
Lukisan Kejuruteraan | Pengajian Keusahawanan | Sains Pertanian | ||
Fizik Kimia Matematik Tambahan |
||||
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
Syarat Kemasukan
- Syarat Umum
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mesti murif Tingkatan Tiga (3) pada sesi akademik semasa memohon;
- Calon mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;
- Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK);
- Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang menghadkan, membataskan, dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
- Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
- Calon mesti berminat dengan program yang dipohon.
- Syarat Khusus
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer